Monday, October 6, 2008

:::..Novel..:::

BAHAGIAN D : NOVEL

1.a

-Novel Zon Utara
-Ting. 1 – Aku Anak Timur
-Ting. 2 – Kapten Hasan
-Ting. 3 – Merdeka Merdeka 1. Pengenalan

1.b

-Masa yang dicadangkan - 10 minit.
-Hanya satu soalan yang dikemukakan.
-Calon wajib menjawab dan tiada pilihan soalan
-Calon mesti mengkaji kesemuatiga buah novel.
-Soalan perbandingan antara novel juga mungkin ditanya.
-Markah maksimum ialah 10 markah.

2. Teknik Menjawab

-Rangka isi jawapan berdasarkan soalan.
-Baca soalan sekurang-kurangnya dua kali.
-Jawapan mesti ada sekurang-kurangnya tiga isi atau lebih.
-Jawapan mesti ayat yang lengkap dan bentuk perenggan.
-Setiap isi perlu dihuraikan dengan

a. Isi Utama, dan

b. Contoh

-Panjang jawapan sekitar 80 hingga 120 patah perkataan.
-Elakkan daripada melakukan banyak kesalahan tatabahasa dan ejaan kerana terdapat markah.
-Mesti perkenalkan novel dahulu sebagai pendahuluan.
-Tidak perlu kesimpulan.

*Peringatan

- Jika ada masa, tulislah sebanyak mungkin isi kerana isi yang salah tidak akan ditolak .markah, manakala isi yang betul akan diberikan markah.
- Jangan ditulis bentuk point-form.
- Jangan hanya memberi pernyataan sahaja tanpa contoh begitu juga sebaliknya.

3. Contoh Ayat Jawapan

Novel yang dikaji ialah ……nama novel………………………… Antara ……………………. (soalan) ialah ………………………………….. (I U). Contohnya ialah …………………………………………. (HURAIAN).

Selain itu, …………………………. (I U). Contohnya ialah ………………………………………………(HURAIAN).

Di samping itu, …………………………………………………… (I U). Contohnya ialah………………………………………(HURAIAN).


4. Contoh Soalan

Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji sama ada di Tingkatan 1,Tingkiatan 2, atau Tingkatan 3 seperti senarai di bawah.

1. Meniti Kaca (Raja Sabarudin Raja Abdullah)
2. Anak Din Biola (Maaruf Mahmud)
3. Aku Anak Timur (Siti Aminah Hj. Yusuf)
4. Limpahan Darah di Sungai Semur (Zakaria Salleh)
5. Pahlawan Pasir Salak (Mohd. Ismail Sarbini)
6. Tragedi Empat Disember (Dzul Karnain Ithnain)
7. Timulawak Kapal Perang (Azmah Nordin)
8. Kapten Hassan Wira Bangsa Harun Johari)
9. Panas Salju (Talib Samad)
10. Merdeka! Merdeka! (A Rahman Hanafiah)
11. Ekspedisi (Mohd. Ghazali Tocheh)
12. Kanang Cerita Seorang Pahlawan (Maznan Nordin)

Apakah yang dimaksudkan dengan teknik plot? Terangkan dua teknik plot yang digunakan dalam novel yang anda kaji.

Contoh Jawapan Cemerlang

Novel yang saya kaji ialah Merdeka Merdaka dan terdapat beberapa teknik plot yang digunakan iaitu monolog dalaman. Contohnya Kudin berkata dalam hatinya kemungkinan penganas akan datang menyerang kubu mereka.

Selain itu, imbas muka. Contohnya Kudin membayangkan suatu hari nanti dia akan menjadi seorang pentadbir.

Terdapat juga imbas kembali. Contohnya ingatan Kudin terhadap cita-citanya ingin menjadi seorang yang terpelajar.

Contoh Jawapan Lemah

Terdapat beberapa teknik plot yang digunakan iaitu monolog dalaman Selain itu, Kudin membayangkan suatu hari nanti dia akan menjadi seorang pentadbir.Terdapat juga imbas kembali dan imbas muka.

-Jawapan tidak ada pendahuan (perkenalkan novel).
-Satu perenggan sahaja.
-Ada pernyataan (IU) sahaja tidak ada contoh.
-Ada contoh sahaja dan tidak ada pernyataan (IU)

5. Nota Bonus

PERBANDINGAN ANTARA NOVEL AKU ANAK TIMUR, KAPTEN HASSAN WIRA BANGSA DAN MERDEKA MERDEKA.

JENIS NOVEL - AKU ANAK TIMUR, KAPTEN HASAN WIRA BANGSA dan MERDEKE MERDEKA

Tema AAT

Perbezaan budaya timur dan barat

-contoh – di Barat anak-anak muda berumur 21 tahun sudah bebas, i/bapa tidak kongkong. --Muda-mudi bebas bergaul.

Tema KH

-Semangat untuk mempertahankan negara daripada penjajah
-contoh – KH dan pasukannya menentang penganas komunis.

Tema MM

Semangat perjuangan penduduk tempatan untuk mempertahankan negara serta hak orang Melayu drpd penjajah

-contoh – orang2 Melayu diketuai Onn Jaafar menentang pembentukkan Malayan Union.
-penduduk Kg. Teras Jernang juga berkerjasama menyekat kemaraan penjajah drpd menggunakan kampung mereka sbgai markas.

Persoalan AAT

1. minat membaca –
-membaca tidak kira di mana spt di taman, perhentian bas.

2. berpakaian kemas – -pemandu teksi pakai tali leher.

3. cinta akan negara – --Zarina marah kepada perempuan Cina dalam k/terbang kerana tidak tahu di mana Malaysia.

Persoalan KH

1. kekuatan iman –
-Hasan tidak tergoda dengan pujuk rayu Ah Moi.

2. kepentingan ilmu –-
-Hasan tidak berputus asa untuk mengambil peperiksaan naik pangkat walaupun kali ke 2.

3. jasa pahlawan mesti dikenang –
-Hasan diberi pingat dan kedai untuk beliau berniaga selepas pencen.

Persoalan MM

1. semangat cinta akan tanah air –
-penduduk Kg. Teras Jernang juga menyekat kemaraan penjajah drpd menggunakan kampung mereka sbgai markas.

2. semangat kerjasama untuk menuntut kemerdekaan –
-masyarakat Melayu berhimpun di luar Hotel Stesen utk myekat Raja2 Melayu drpd menghadiri majlis perasmian MU.

3. memartabat maruah bangsa –
-Pak Awang sanggup bhenti kerja drpd mjadi tali barut Inggeris.

Watak Utama –AAT

Watak & Perwatakan

Zarina

-Watak

1. umur 13 tahun
2. anak En. Ali dan Pn. Ros.
3. ada adik – Rizal.

-Perwatakan

1) degil – keluar rumah w/pun dilarang oleh ayahnya
2) cinta akan negara - marah kepada perempuan cina dalam k/terbang kerana tidak tahu di mana Malaysia
3) pertahan adat dan agama – marah Niek pegang tangan
4) pemaaf – tetap maafkan Niek w/pun hampir berlaku kejadian hitam


Watak KH

Kpt Hasan

-Watak

1. lahir julai 1927 di Mantin, Ng 9.
2. ayahnya Hj Osman dan ibu Pn Zainah.

-Perwatakan

1) Kuat agama – tak hirau pujuk rayu Ah Moi.
2) Kuat ilmu batin – berguru dgn. Kiyai Hj Yusuf.
3) Pentingkan pelajaran – sanggup ambil 2 kali periksa kenaikan pangkat.
4) Berani – berjaya bunuh 57 orang penganas komunis.

Watak MM

Kudin

-Watak

-anak tunggal P Awang & Mak Bibah
-umur 15 tahun.
-badan tegap, rambut kerinting halus, mata besar

-Perwatakan

1) aktif – jadi ketua dalam golongan remaja di Kg T. Jernang
2) petah bercakap – berucap di perhimpunan agung di Kelab Sultan Sulaiman
3) penyayang – sangat sayang i/bapanya dan Bustam, Ujang
4) semangat patriotisme – mempertahankan kampungnya dan menentang MU


Latar AAT

-Tempat

1. Lapangan Terbang Subang – Zarina dan keluarga bertolak ke Belanda
2. Perpustakaan Uni. Leiden – tempat ayah Zarina btugas
3. Amsterdam – tempat Zarina dan keluarga melawat.

-Masa

1. musim bunga – Zarina dan keluarga melawat kebun bunga di Amsterdam.
2.malam – Zarina hampir diperkosa.
3.siang – adik Zarina hampir hilang di pasar raya.

-Masyarakat

masy. Barat yg bebas – umur 21 tahun sudah bebas drpd keluarga.
masy barat pentingkan ilmu – membaca tidak kira tempat spt kebun bunga, stesen bas.
masy. Barat berpakaian kemas wlaupun pekerjaan rendah – pemandu teksi pakai tali leher.

Latar KH

Tempat


1. Mkm pantai – tempat Hasan dibesarkan oleh datuknya .
2.Port Dickson – Hasan jalani latihan asas tentera.
3.Kem Tapah – Ah Moi mgoda Hasan.

-Masa

1.Julai 1927 – Hasan lahir.
2.1944 – Hasan kahwin dgn Siti Zabedah
3.30 April 1991 – Hasan mati.

-Masyarakat

1.masy. kampung – kerja pekebun, petani, penternak.
masy yg mderita – 2.kemasukan komunis seprti mereka tlh mbunuh ibu mertua Hasan.
3.masy. Tentera – seperti Hasan dan pasukannya.

Latar MM

-Tempat


1) rumah Pak Awang – Kasim & Osman menasihatinya supaya berhenti kegiatanya dalam Pers. Pahlawan Kemerdekaan.
2) Dlm bas – Kudin naik dr Gerik ke Kuala Kangsar
3) Padang Kelab Sultan Sulaiman – berucap di perhimpunan agung di Kelab Sultan Sulaiman.

-Masyarakat

1. terdiri golongan tua – Pak Awang, Mak Bibah serta glongan muda – Kudin, Bustam
2.kerja pelbagai spt menoreh getah ketua kampung, jual kuih
3. berjiwa patriotik – pertahankan kampung dan tanah air

-Masa

- berlaku 2 bulan
- mula Februari hingga 1 April 1946 hari pembubaran MU di Htl Stesen.
- malam – Osman dan Kasim datang ke rumah Pak Awang utk paksa Pak Awang hentikan Persatuan Pahlawan Kemerdekaan.
-tengah hari – Kudin bertolak ke KL

Pengajaran AAT

1. Kita perlulah mempertahankan maruah diri
– Zarina meronta utk melepaskan diri drpd diperkosa.
2. Kita perlulah mementingkan ilmu
– ayah Zarina sanggup belajar ke luar negara utk tuntut ilmu.
3. Kita mestilah pentingkan kasih sayang – Zarina dan ibunya sanggup ke Belanda utk mlawat ayahnya.

KH

1. Kita perlulah mempertahankan tanah air
– Hasan dan pasukan tentang komunis.
2. Kita perlulah mempunyai kekuatan iman
– Hasan tak tergoda dgn pujukan Ah Moi.
3. Kita haruslan pentingkan ilmu
– Hasan sanggup ambil periksan 2 kali.

MM

1. Kita perlulah mempertahankan hak orang Melayu
– orang2 Melayu diketuai Onn Jaafar menentang pembentukkan Malayan Union.

2. Kita perlulah mempunyai keberanian untuk bercakap – Kudin berani untuk memberi ucapan di khalayak ramai w/pun baru 15 tahun.

3. Kita perlulah mempunyai semangat setiakawan yang tinggi
– Kudin mencari Bustam kawannya yang diculik penganas.

Nilai

AAT

1. Kasih sayang
- Zarina dan ibunya sanggup ke Belanda utk mlawat ayahnya.
2. Kejujuran
– Niek tak ambil kesempatan apabila keluar dgn Zarina.
3. Patriotisme
- Zarina marah kepada perempuan Cina dalam k/terbang kerana tidak tahu di mana Malaysia.

KH

1. Keberanian –
Hasan bunuh 57 penganas.
2. Kasih sayang
– Hasan kasih akan isteri dan anak.
3. Ketabahan
– Hasan tabah apabila isteri dan ibu mertuanya mati dibunuh.

MM

1. Patriotisme
- orang2 Melayu diketuai Onn Jaafar menentang pembentukkan Malayan Union.
2. Bekerjasama - penduduk Kg Jernang kerjasama bina kubu untuk menentang penjajah.
3. Kasih Sayang
– ibu Kudin beri duit poket kpd Kudin sblm pergi ke KL.

Plot

MM

-bersifat kronologi –

-cerita bkembang ikut turutan.

1. Permulaan
- Kudin buat persiapan utk sampaikan ucapan kpd orang2 Melayu di KL.

2. Perkembangan
- Datuk Onn bsemuka dgn Raja2 Melayu untuk pulau majlis perasmian MU. Akhirnua Raja2 Melayu setuju tidak hadir ke majlis itu.

3. Peleraian
- Datuk Onn umumkan kejayaan menentang MU dan menasihati orang2 Melayu menyokong dlm menuntut merdeka pula.
- Kudin hantar surat kpd ayahnua utk pulang ke kg.

Gaya Bahasa

AAT

1. Bahasa asing
- Inggeris – homework, nothing. – Belanda – nee, bedenkt.
2. Simile
– Keadaannya seolah-olah seperti dalam rumah.
- badan seperti dilambung ombak.
3. Peribahasa
– hujan emas di negeri orang dan hujan batu di negeri sendiri.

KH

1. Simile
– ibarat harimau yang tidak bertaring.
- ibarat gugurnya kuntum-kuntum melati
2. Metafora
– bergerak dgn pantasnya dalam hujan tembakan penganas.
3. Personifikasi
– bayang maut datang menerjah segenap penjuru.

MM

1. perkataan pinjaman
– Inggeris – Down with the British. Arab – Allllaaaahhhhuakbaaaar!
2. personifikasi ( sifat spt manusia)
– burung2 beterbangan, ucapan menusuk-nusuk jantung kalbunya, asap mencuri masuk.
3. Metafora (pbandingan tak guna kata2 pbandingan) – menguasai dunia hutan, lautan manusia.


6. Contoh Soalan-Soalan Peperiksaan

Soalan 1

PENGAJARAN

. Kita hendaklah menyayangi keluarga kita
. Kita hendaklah mencintai negara kita
. Kita mestilah berkerjasama demi mencapai matlamat

Berdasarkan novel Tingkatan 2 atau 3, kemukakan satu contoh peristiwa bagi menerangkan setiap pengajaran yang disenaraikan di atas.

Soalan 2

Nyatakan tiga latar tempat serta peristiwa yang berlaku yang terdapat dalam sebuah novel Tingkatan 1 atau 3.

Sunday, September 14, 2008

:::..Ringkasan dan Pemahaman..:::

1. RINGKASAN DAN PEMAHAMAN

A (i). RINGKASAN

1. Pengenalan Ringkasan

ü Calon dikehendaki meringkaskan petikan berdasarkan kehendak soalan supaya menjadi tidak melebihi 80 patah perkataan.
ü Markah yang diperuntukan pula ialah 20 markah.
ü Dikehendaki ditulis dalam satu perenggan sahaja.
ü Tidak memerlukan pendahuluan dan kesimpulan
ü Biasanya petikan yang dikemukakan adalah rencana tentang isu-isu semasa.

2. Teknik Meringkaskan Petikan:

2.1 Sebelum Menulis Ringkasan
ü Calon perlu membaca dan memahami arahan soalan di samping memastikan jumlah perkataan yang dikehendaki.
ü Pastikan anda faham kata kunci soalan iaitu seperti:1. faktor/punca/sebab2. kesan/implikasi/akibat3. cara/langkah/strategi4. kekangan/halangan/kerumitan/kesulitan/masalah5. kebaikan/manfaat/faedah6.keburukan
ü Baca petikan lebih daripada sekali dengan teliti sehingga betul-betul faham akan isi petikan tersebut dan kaitkan dengan soalan.
ü Semasa membaca petikan, gariskan perkataan yang menggambarkan isi iaitu yang dikehendaki oleh soalan.
ü Carikan seberapa banyak isi yang ada dalam petikan.

2.2 Semasa Menulis Ringkasan
ü Walaupun banyak isi yang dapat dicari tetapi dikehendaki hanya antara 5 hingga 6 isi sahaja.
ü Awas !! jangan kurang daripada itu kerana dikhuatiri akan mengurangkan markah isi. Jangan juga terlebih daripada itu kerana dikhuatiri terlalu panjang sehingga melebihi 80 perkataan.
ü Cuba gabungkan perkataan-perkataan tersebut untuk membentuk isi yang mantap.
ü Pelajar hanya perlu menggunakan perkataan seerti/sinonim untuk mengubah ayat dan hanya menukar 1 hingga 3 perkataan sahaja dalam satu-satu ayat sudah memadai. Ini sudah menunjukkan pelajar tersebut sedah menukat ayat dan menggunakan perkataan sendiri seperti arahan dalam soalan.
ü Andai kata pelajar sudah pandai untuk menukarkan ayat, beliau boleh membuang perkataan-perkataan yang difikirkan tidak perlu tetapi awas jangan sehingga terpesong daripada maksud asal.
ü Pelajar boleh membuang sama ada penanda wacana yang tidak diperlukan, dua perkataan yang mempunyai sama maksud, huraian kepada isi utama dan contoh.
ü Pelajar juga digalakkan menggantikan huraian isi yang panjang dengan perkataan tertentu atau istilah yang sama maksud yang lebih sesuai.
ü Tulis jawapan ringkasan dalam satu perenggan sahaja.
ü Jangan lupa selitkan penanda wacana untuk mendapatkan kesinambungan antara isi dan juga untuk mendapat markah bahasa yang baik.
ü Tidak perlu dimasukkan pendahuluan dan kesimpulan.

2.3 Selepas Menulis Ringkasan

ü Selepas menulis ringkasan itu sila kira jumlah perkataan serta semak jika terdapat kesalahan ejaan atau tatabahasa.
ü Tulis jumlah perkataan di bahagian kanan jawapan.
ü Baca sambil menyemak untuk memastikan tiada kesalahan isi ataupun bahasa.


3 Pemarkahan

ü Markah penuh ialah 20.
ü Markah maksimum untuk isi ialah 10 markah (5 isi x 2 = 10 markah). Pastikan isi cukup 5.

ü Markah maksimum untuk bahasa ialah 10 markah (bergantung pada persembahan bahasa pelajar. Andai kata tidak ditukar langsung sesuatu ayat itu dan ada kesalahan bahasa atau ejaan maka markah bahasanya agak kurang. Jika dibandingkan dengan ayat yang diubah sedikit serta kesalahan bahasanya tiada sudah tentulah markah bahasanya lebih baik).

Ciri-ciri
Markah
Sangat baik, baik dan lancar serta kosa kata luas
9-10
Masih baik dan kosa kata masih baik
7-8
Sederhana, memuaskan dan kurang lancar serta kosa kata agak terhad
5-6
Lemah dan tidak cekap serta kosa kata terhad. Salin bulat-bulat.
1-4


4 Ciri-Ciri Jawapan Ringkasan Yang Baik


ü Bahasa baik dan lancar
ü Berupaya menukarkan 1 atau 2 ayat sinonim
ü Pemilihan kata yang tepat
ü Ayat yang gramatis
ü Ada Penanda wacana
ü Ejaan dan tanda baca betul
ü Isi menjawab soalan



5 Kesilapan Calon


ü Salin bulat-bulat keseluruhan ayat
ü Tiada penanda wacana
ü Tulis pendahuluan dan kesimpulan
ü Lebih 80 pp
ü Tulis dalam bentuk poin
ü Ayat tergantung
ü Ringkaskan perkataan – nak, yg.
ü Masukkan ayat yang tidak menjawab soalan.




Peringatan!!!!!

1. Jangan disalin ayat bulat-bulat daripada petikan.
2. Jangan ubah semua perkataan yang terdapat dalam isi tersebut kerana bimbang maksudnya akan terpesong.



5. Contoh Ayat Ringkasan : Soalan : Punca-punca gejala lepak.Antara punca gejala lepak ialah.........(jawapan 1)............................... Seterusnya, ............(jawapan 2) ...................... Selain itu, ...............(jawapan 3) ......... Di samping itu, .............(jawapan 4).................. Akhir sekali, ...................(jawapan 5)................

6. Contoh Tugasan 1

6.1 Contoh Cara-Cara Menukar Ayat

• Contoh 1 : Contoh percubaan PMR ’08

• Ayat Asal –

Oleh sebab, perkhidmatan telefon bimbit mendapat sambutan yang baik memandangkan (kerana) keupayaannya merapatkan jarak sesama manusia serta kemampuannya menghubungkan manusia tanpa mengambil kira (mengira) faktor pemisah dan waktu. (26)

• Jawapan betul –

Perkhidmatan telefon bimbit mendapat sambutan yang baik kerana berkeupayaannya merapatkan jarak sesama manusia serta menghubungkan manusia tanpa mengira faktor pemisah dan waktu. (22)

• Contoh 2 :

• Ayat Asal –

Sebagai alat komunikasi moden, manusia dapat berkomunikasi dengan cepat, meluas dan mudah. (12)

• Jawapan betul –

Selain itu, manusia juga dapat berkomunikasi dengan cepat, meluas dan mudah. (11)

6.2 Contoh jawapan lemah

• i. Ayat yang berbeza daripada maksud asal.

• Ayat asal -

Ada juga remaja yang menggunakannya untuk menyertai program televisyen, menghubungi pihak berkuasa untuk melaporkan aktiviti jenayah dan mengganggu ketenteraman orang lain dengan mengirim gambar atau teks porno.

• Jawapan calon _

Sesetengah remaja menggunakan telefon bimbit yang canggih sebab boleh menyertai program televisyen, mendengar muzik, mengirim gambar atau teks porno. (dan menghubungi pihak berkuasa untuk melaporkan aktiviti jenayah. )

• Jawapan yang tidak menjawab soalan (Soalan : kepentingan telefon bimbit)

Ada juga sesetengah telefon bimbit boleh menyertai program televisyen.
Di negara ini telah wujudnya sebuah alat yang dipanggil “telefon bimbit”. Telefon bimbit ini ada keistimewaannya.
Telefon bimbit sebagai media teknologi komunikasi kian berkembang dan menjadi alat keperluan kerana telefon bimbit adalah alat komunikasi yang moden

6.3 Contoh lain cara-cara menukarkan ayat.

Sebahagian besar pelajar tidak memberikan perhatian pada subjek Bahasa Melayu kerana menganggap subjek ini remeh dan mudah saja.
(Sebahagian besar pelajar mengabaikan subjek Bahasa Melayu kerana menganggap mata pelajaran itu tidak mustahak dan senang sahaja.)

2. Kemerosotan kualiti dan kemusnahan alam sekitar terjadi kerana pencemaran.
(Pencemaran mengakibatkan kemerosotan mutu dan kemusnahan alam sekitar.)

7. Cadangan Aktiviti

Tukarkan ayat-ayat dibawah. Pastikan tidak mengubah maksud asal ayat.

1. Penggunaan bahasa yang bercelaru dan buruk merosakkan kemurnian dan keistimewaan bahasa Melayu.

2. Pelajar mesti berkeupayaan berfikir secara kritis dan positif untuk menjadi pelajar yang berjaya.

3. Pendidikan masyarakat merupakan faktor penting sebagai asas pembinaan masyarakat Wawasan 2020.

4. Pembangunan yang dijalankan secara tidak terancang boleh melenyapkan hutan semula jadi dari muka bumi ini.

5. Televisyen merupakan media yang sangat berpengaruh untuk menyampaikan sesuatu mesej.




8. Contoh Soalan

Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan belajar secara berkumpulan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

P 1 : Bukan isi sebab tidak menceritakan kebaikan belajar secara berkumpulan – tidak menjawab soalan lagi Kita sering mendengar beberapa istilah seperti kumpulan perbincangan, study group, study circle, halaqah ataupun usrah. Pada umumnya, kumpulan perbincangan ini merupakan suatu kumpulan kecil individu yang ditubuhkan untuk membincangkan dan bertukar-tukar pendapat tentang perkara-perkara tertentu bagi kepentingan anggota kumpulan tersebut. Aktiviti ini dianggap suatu tradisi meningkatkan ilmu jika perbincangan itu dijalankan secara berkekalan.

Dalam proses memahami bahan-bahan yang kita peroleh daripada buku atau kuliah untuk disusun dalam bentuk lebih kemas, kita memerlukan perbincangan. Kerap kali kita mempunyai pecahan-pecahan ilmu yang terasing atau bahan yang berselerak dan kita tidak dapat mengaitkannya dengan konteks yang sebenarnya. Mungkin pecahan-pecahan yang kita miliki tidak cukup untuk kita kaitkan dan sambungkan sebagai satu kesatuan yang jitu.

(Kita memerlukan orang lain untuk memberikan pecahan-pecahan yang tidak kita miliki itu dan menyusunnya sebagaimana isi kandungan itu seharusnya disusun.) 1 Tugas itu memerlukan perkongsian pendapat dengan rakan-rakan atau orang yang sama-sama mahu mendapatkan pengetahuan tersebut. Jikalau perbincangan itu disertai oleh orang yang lebih mahir dan pakar, kesan perbincangan itu lebih bermakna.

Apabila kita bekerja dengan orang lain, kadar kepantasan kita akan meningkat. Hal ini demikian kerana adanya unsur-unsur persaingan dan tentulah kita mahu mengemukakan pendapat yang terbaik dan sumbangan yang bermanfaat kepada kumpulan. Dengan demkian kita akan membuat persediaan awal yang bersungguh-sungguh untuk menjayakan perbincangan itu.

Namun begitu, kumpulan perbincangan itu ada juga keburukannya. Bagi sesuatu perkara yang rumit dan memerlukan kebolehan intelektual, perbincangan lebih banyak memberikan gangguan dan akhirnya objektif pembelajaran tidak tercapai.

Contoh Jawapan:

Kumpulan perbincangan diadakan bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat tentang sesuatu perkara dalam kalangan ahli. Melalui aktiviti ini, pemahaman tentang sesuatu perkara dapat dipertingkatkan. Nota hasil pembelajaran dapat disusun dengan rapi. Ada rakan-rakan yang dapat menjelaskan sesuatu perkara yang sukar difahami dengan terperinci. Selain itu, nota pelajaran juga dapat disusun mengikut urutan yang tepat. Semua ahli kumpulan mendapat faedah hasil daripada perbincangan yang dilakukan. Akhir sekali kumpulan perbincangan dapat meningkatkan kecekapan bekerja setiap ahli kumpulan.

(80 perkataan)

9. Contoh-Contoh Soalan

Contoh 1

Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang keistimewaan bandar Batu Pahat . Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Bandar Batu Pahat juga dikenali sebagai Bandar Penggaram, sempena nama Bukit Penggaram yang dibuka atas titah perintah Sultan Johor pada peghujung abad ke-19. Bandar Penggaram merupakan bandar baharu yang mengalami pertumbuhan pesat. Bandar ini dilengkapi dengan segala prasarana asas. Kemudahan ini menarik para peniaga dan pedagang ke sini.
Di pinggir Bandar Batu pahat pula terdapat banyak kilang industri kecil dan sederhana. Di antara industri yang tersohor ialah tekstil. Maka tidak hairanlah jika banyak orang datang ke sini, iaitu dari Melaka hingga ke Singapura untuk membeli belah bahan tekstil. Tidak jauh dari pusat bandar pula terdapat sebuah pelabuhan kecil yang terletak di muara Sungai Batu Pahat. Pelabuhan ini menjadi pusat perdagangan. Kebanyakan barang dagangan diimport dari kepulauan Sumatera yang merangkumi kayu balak, kelapa, dan getah.
Bandar Batu Pahat mempunyai panorama yang indah. Selain keindahan alam semula jadi, terhias permai sungai dan lembah di Sungai Batu Pahat dan dua cabang anak sungai di sebelah hulu yang terletak di kawasan Simpang Kanan dan Simpang Kiri. Para pengunjung lebih terpesona melihat Gunung Banang dan Gunung Soga yang menghiasi latar belakang daerah Batu Pahat.
Peneroka awal Batu Pahat ialah orang Melayu, Jawa, Banjar dan Bugis. Apabila semakin banyak penduduk ke sini, maka imigran Cina dan India pula menyusul tiba. Orang Jawa dibawa masuk untuk bekerja di ladang kopi dan getah. Orang Cina pula berniaga dan berdagang. Selain itu, mereka juga menanam gambir dan lada serta membuka lombong.
Batu Pahat banyak menyimpan sejarah suka dan duka. Antara peristiwa yang menggembirakan ialah lahirnya Pergerakan Melayu Semenanjung Johor pada tahun 1945. Di Batu Pahat juga pernah berlaku peristiwa berdarah yang menyayat hati semasa Perang Dunia Kedua berlaku.


Soalan Pemahaman
Berdasarkan petikan, jawab soalan-soalan berikut menggunakan perkataan anda sendiri.

(i)
Apakah maksud rangkai kata terhias permai ? [2 markah]


(ii)
Jelaskan keindahan alam semula jadi di Batu Pahat. [4 markah]


(iii)
Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan untuk menarik minat pelancong berkunjung ke sesuatu tempat? [4 markah]

Contoh 2

Selalunya pelbagai penyakit akan timbul selepas banjir mulai surut. Penyakit yang selalunya dikaitkan dengan banjir ialah penyakit bawaan air seperti cirit-birit, taun, dan juga yang berpunca daripada nyamuk, iaitu denggi. Pihak berkuasa juga telah pun memberikan maklumat terperinci mengenai penyakit-penyakit yang perlu ditangani segera. Jika tidak penyakit ini akan memberi masalah yang lebih besar kepada mangsa banjir.
Namun kita jangan lupa, masalah mental mungkin juga dihadapi mangsa banjir selepas banjir surut. Berbanding dengan penyakit bawaan air tadi, masalah mental pada kebiasaannya tidak disedari oleh pesakit apatah lagi orang lain. Jika mereka menghadapinya dan mengetahuinya sekalipun, mereka akan cuba menyembunyikannya. Sehinggalah masalah tersebut menjadi terlalu sukar untuk dirawat.
Kita sedia maklum bahawa musibah banjir mengakibatkan sejumlah harta benda musnah begitu sahaja. Sudah pasti hal ini menyebabkan seseorang itu mudah untuk berdukacita kerana perasaan kehilangan sesuatu yang berharga terjadi ke atas diri. Perasaan dukacita inilah yang menyebabkan seseorang itu mudah hilang punca dan sukar untuk menyesuaikan diri. Mereka juga mungkin akan mempunyai perasaan rendah diri yang keterlaluan.
Selain itu pula ada sebilangan besar mangsa banjir akan kehilangan mata pencarian. Misalnya golongan peniaga jalanan. Mereka sudah pasti antara golongan yang paling teruk terjejas mata pencarian. Hal ini demikian kerana hasil jualan mereka berdasarkan jualan harian. Jika tidak berniaga, mereka pasti rugi. Tetapi jika mereka berniaga pun mungkin sukar untuk mendapat pembeli. Golongan ini perlu diberikan perhatian.
Demikian juga halnya dengan orang yang terlibat dengan sesuatu perniagaan seperti kedai barangan elektrik. Mereka juga akan teruk terjejas kerana peralatan yang hendak dijual telah rosak kerana banjir. Para peniaga ini akan kehilangan mata pencarian dan ada kemungkinan mereka akan mengalami gangguan mental yang hebat. Mereka mungkin cuba menafikannya; namun hakikatnya berbeza.
Semua keadaan di atas memerlukan persediaan mental yang kuat dan mereka memerlukan bantuan agar boleh menjalani hidup seperti sedia kala. Tidak kiralah persediaan menghadapi penyakit atau masalah mental, semua ini memerlukan kekuatan jiwa yang kuat. Semoga mereka yang terlibat banjir ini menjadi orang yang kuat dan tabah.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana “Persediaan Selepas Banjir” oleh Khairol Anuar Masuan dlm. Utusan Malaysia, 26 Januari 2007.)


Soalan Pemahaman
Berdasarkan petikan, jawab soalan-soalan berikut menggunakan perkataan anda sendiri.

(i)
Apakah maksud rangkai kata mudah hilang punca?

[2 markah]

(ii)
Mengapakah mangsa banjir menghadapi masalah mental?

[4 markah]

(iii)
Pada pendapat anda, bagaimanakah kita boleh membantu mangsa banjir?

[4 markah]



Pemahaman Petikan Umum
1 Berikan maksud rangkai kata ‘mengancam kehidupan. [2 markah]
2 Apakah yang akan terjadi sekiranya tidak ada kempen masyarakat penyayang? [4 markah]
3 Pada pandangan anda, mengapakah masih terjadi perkara-perkara yang bertentangan dengan apa yang dikehendaki dalam kempen masyarakat penyayang di negara kita?


A (ii) PEMAHAMAN

1. Pengenalan Pemahaman

o Tiga soalan akan dikemukakan.
o Urutan daripada Bahagian Ringkasan.
o Soalan 1 (2 markah) dan Soalan 2 (4 markah) lazimnya berkaitan dengan isi petikan. Perlu rujuk petikan untuk mendapatkan jawapan.
o Soalan 3 (4 markah) merupakan soalan terbuka yang memerlukan kemahiran berfikir pelajar dan pelajar perlu memberi pendapat sendiri. Awas!! jangan sesekali mengambil jawapan dalam petikan kemungkinan tidak akan diberi markah. Jawapan perlu munasabah.
o Markah yang diperuntukan ialah 10 markah.
o Perlu dijawab dalam bentuk ayat seperti mengarang. Jangan ditulis hanya dengan point-form.
o

2. Teknik Menjawab Soalan Pemahaman

2.1 Sebelum, Semasa dan Selepas Menjawab

o Perlu memahami petikan.
o Perlu faham kehendak soalan.
o Perlu faham jumlah markah yang ditetapkan bagi setiap soalan.

o tentang maksud frasa atau rangkai kata dan juga peribahasa yang terdapat dalam petikan
o Seboleh-bolehnya, gantikan setiap perkataan dalam rangkai kata tadi
o dengan perkataan anda sendiri, tetapi hendaklah mengikut maksud dalam petikan.
o Gantikan dengan perkataan seerti bagi setiap perkataan itu kecuali kata hubung/sendi.
o Contoh – khusyuk berkomunikasi – ralit/leka/asyik bersembang/berbual
o Jangan hanya menukarkan satu perkataan sahaja sedangkan satu perkataan lagi sama. Ini akan merugikan markah. Contohnya khusyuk berbual

- jawapannya dalam petikan .
- Setelah ditemui, jangan disalin bulat-bulat tetapi seperti menjawab
ringkasan, pelajar sekurang-kurangnya mengubah satu atau dua perkataan.
- Markah yang diberi ialah 4, maka pelajar perlu mengemukakan lebih
daripada satu isi (2, 3 atau 4 isi jika ada dalam petikan).
- kadang-kadang dinyatakan di dalam soalan berapa jawapan yang dikehendaki. Baca soalan terlebih dahulu.
- Jangan hanya memberi jawapan 1 atau sebahagian sahaja kerana akan merugikan markah.
o merupakan soalan pendapat yang jawapannya dikategorikan
sebagai tersirat.
o Hal ini bermakna pelajar mesti membuat kesimpulan atau memberikan
pendapat sendiri.
o juga perlu memberi jawapan lebih daripada satu.
o Jangan lupa penanda wacana.



- Peringatan….

¨ ** perlu menulis semula sebahagian ayat dalam soalan.
¨ Jangan hanya menulis poin form, perlu mengarang.

3. Contoh Soalan dan Jawapan (Berdasarkan petikan di atas)

a. Apakah maksud tradisi meningkatkan ilmu dalam petikan di atas?

Tradisi meningkatkan ilmu bermaksud suatu cara menambahkan pengetahuan .

b. Berikan dua cara belajar secara berkumpulan dapat dilakukan?

Dua cara belajar secara berkumpulan dapat dilakukan ialah berbincang dalam satu kumpulan yang disertai oleh orang yang lebih mahir dan pakar dalam aspek yang sedang dibincangkan. Selain itu, mengemukakan pendapat yang bernas dan yang terbaik sebagai tambahan idea kepada pengetahuan ahli kumpulan yang lain.

c. Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk memberitahu murid tentang kebaikan belajar secara berkumpulan?

Pada pandangan saya, cara untuk memberitahu murid tentang kebaikan belajar secara berkumpulan ialah guru mata pelajaran hendaklah menjelaskan kepada murid bahawa belajar secara berkumpulan akan menyebabkan pelajaran kekal lama dalam ingatan. Di samping itu, pihak sekolah juga boleh mengadakan ceramah tentang cara belajar secara berkumpulan yang efisien.


4. Contoh Jawapan Lemah

a. Apakah maksud tradisi meningkatkan ilmu dalam petikan di atas?

Tradisi meningkatkan ilmu bermaksud tradisi menambahkan ilmu.
----- menukar satu perkataan sahaja.

b. Berikan dua cara belajar secara berkumpulan dapat dilakukan?

Dua cara belajar secara berkumpulan dapat dilakukan ialah berbincang dalam satu kumpulan. Mengemukakan pendapat yang bernas.
----- ayat jawapan terlalu pendek dan tidak ada penanda wacana.

c. Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk memberitahu murid tentang kebaikan belajar secara berkumpulan?

……………………….Caranya ialah guru mata pelajaran hendaklah menjelaskan kepada murid bahawa belajar secara berkumpulan akan menyebabkan pelajaran kekal lama dalam ingatan.
---- tidak menulis semula sebahagian ayat dalam petikan dan memberi satu jawapan sahaja.


*Contoh Soalan Latihan Pemahaman Rujuk Bahagian A (i) Ringkasan

Monday, September 8, 2008

:::..Mukadimah..:::

Salam sejahtera. Saya rasa lebih baik ilmu ini dapat dikongsi bersama.